"Belajar daripada orang bijak"
"HIDUP bukan sekadar menunggu mati meskipun ajal dan maut tetap
menanti". Hidup jangan terlalu memikirkan masa hadapan kerana ia akan
menjadi racun kepada pemikiran. Rebutlah seberapa banyak peluang yang
ada pada hari ini. Pastikan setiap saat yang berlalu tidak sia-sia.
Kalau kita pelajar, belajar bersungguh-sungguh dan andainya kita
pekerja, jadilah pekerja yang berdaya maju. Belajar, berusaha, berdoa
dan bertawakal untuk mencapai kejayaan.
Belajar daripada orang yang bijak. Seseorang itu jahil sekiranya dia
berpuas hati dengan hujah orang jahil. Siapakah orang bijak?
Sesungguhnya dia adalah orang yang di dalam hatinya sentiasa mengingati
saat-saat kematian, mereka sentiasa takut untuk melakukan
perkara-perkara sumbang. Siapakah orang yang jahil? Dia ialah orang
yang sentiasa memikirkan yang dia akan hidup selama-lamanya.
Justeru, janganlah kita lagukan lagi irama sendu. Nyanyikan lagu-lagu
kejayaan. Lemparkan gerhana bulan ke lautan dan berikan SENYUMANMU yang
paling manis sepanjang zaman.
JANGANLAH kita memandang rendah erti persahabatan, kerana dalam hidup
ini kita tidak mampu melangkah seorang diri tanpa seorang sahabat.
DUA sahabat yang sejati akan selari dalam apa jua bidang yang diceburi,
dan saling memahami antara mereka.
TERLALU sukar menjalin persahabatan kerana ia adalah pertautan hati
bukan pertautan fikiran, lebih-lebih lagi bukan hubungan kebendaan
semata.
TEMAN ketawa bagaikan air di daun keladi walau tercurah tak berkesan
TAPI sahabat sejati bagai air lalu walau dicincang ia tak mungkin kan
putus.
PERSAHABATAN yang akrab tidak akan dapat dipisahkan melainkan dengan
kematian.
<< Home