Friday, October 01, 2004

Buatmu Ibu


Buatmu Ibu
lagu : Aeman

Ibu bergenang air mata ku
Terbayang wajah mu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian...

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tidak pun kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anak mu
Dari kecil hingga dewasa...

Hidup mu kau korbankan
Biarpun diri mu yang telah terkorban
Tak dapat ku balasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupan mu ibu...

Ibu kau ampunilah dosa ku
Andainya pernah menghiris hati mu
Restu mu yang amat aku harapkan
Kerana disitu letak syurga ku...

Tabahnya melayani kenakalan anak mu
Mengajar ku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan...


Kasih sayang mu sungguh bernilai
Itulah harta yang engkau berikan
Ibu.....dengarlah rintih hati ku untuk mu ibu

Ibu kau ampunilah dosa ku
Andainya pernah menghiris hati mu
Restu mu yang amat aku harapkan
Kerana disitu letak syurga ku...

Tabahnya melayani kenakalan anak mu
Mengajar ku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan...

Kasihanilah Tuhan ibu yang telah melahirkan diri ku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecil ku
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana...