Nasihat...
1. Ingatkanlah lebih dahulu nikmat dari ALLAH sebelum makan dan sebagainya, agar kita terasa tidak punya apa-apa, barulah kita sedar ALLAH itu siapa.
2. Jika kita marah kepada seseorang jangan sampai tidak nampak lagi kebaikannya. Begitu juga jika kita suka kepada seseorang jangan sampai tidak nampak lagi kelemahannya.
3. Jika kita selalu mengingati dosa kita, kita tidak nampak dosa orang lain, apatah lagi hendak menceritakannya.
4. Jika kita membuat dosa, tidak terasa dengan dosa, kita telah membuat 2 kali dosa, satu kerana yang dibuat, kedua dosa kerana tidak merasa berdosa.
5. Rasakanlah diri kita sentiasa berdosa sekalipun kita tidak nampak dosa kita. Apatah lagi jika nampak. Agar kita dapat mengekalkan sifat kehambaan yang kita ini memang hamba.
6. Banyak manusia bila ada jawatan, aktif membuat kerja-kerja masyarakat, apabila tidak ada jawatan dia menghilangkan diri entah ke mana perginya. Tanda kerjanya dahulu itu untuk kepentingan dirinya.
7. Jika selalu merasa susah dengan urusan dunia, tidak merasa susah dengan urusan akhirat, itu tandanya kita anak dunia.
8. Carilah keduniaan dengan ilmu, asalkan halal, memang kita di dunia, jangan cari keduniaan dengan ilmu akhirat, nanti di akhirat kita akan papa kedana, nerakalah tempatnya.
9. Bila sifat malu sudah tiada, rasa berdosa sudah lenyap dari kita, suka membuat teguran, tidak suka ditegur, rasa lebih dari orang lain, suka dihormati, tanda kita telah memakai sifat ketuanan, kita telah melakukan syirik setiap hari tanpa disedari.
10. Bangunkanlah dunia ini sehebat mana yang kita mahu dengan ilmu dunia, tapi ingat membangunkan diri mestilah dengan ilmu agama.
<< Home