Tuesday, October 26, 2004

Ada kekuatan di dalam CINTA

Orang yang sanggup memberikan cinta adalah orang yang kuat
Kerana ia bisa mengalahkan keinginannya
Untuk mementingkan diri sendiri...

Ada kekuatan dalam Tawa Kegembiraan,
Orang tertawa gembira adalah orang yang kuat
Kerana ia tidak pernah terlarut dengan tentangan dan cubaan...

Ada kekuatan di dalam Kedamaian Diri,
Orang yang dirinya penuh damai bahagia adalah orang yang kuat
Kera na ia tidak pernah tergoyahkan
Dan tidak mudah diumbang-ambingkan...

Ada kekuatan di dalam Kesabaran,
Orang yang sabar adalah orang yang kuat
Kerana ia sanggup menanggung segala sesuatu
Dan ia tidak pernah merasa disakiti.

Ada kekuatan di dalam Kemurahan,
Orang yang murah hati adalah orang yang kuat
Kerana ia tidak pernah menahan mulut dan tangannya
Untuk melakukan yang baik bagi sesamanya...

Ada kekuatan di dalam Kebaikan,
Orang yang baik adalah orang yang kuat
Kerana dia selalu mampu melakukan yang baik bagi semua orang.

Ada kekuatan di dalam Kesetiaan,
Orang yang setia adalah orang yang kuat
Kerana dia boleh mengalahkan nafsu dan keinginan peribadi
Dengan kesetiaannya kepada Allah dan sesama...

Ada kekuatan di dalam Kelemah Lembutan,
Orang yang lemah lembut adalah orang yang kuat
Kerana dia boleh menahan diri untuk tidak membalas dendam...

Ada kekuatan di dalam Penguasaan Diri,
Orang yang bisa menguasai diri adalah orang yang kuat
Kerana dia mampu mengendalikan segala nafsu keduniawian...

Sedarkah teman bahwa engkau juga memiliki cukup Kekuatan untuk mengatasi segala permasalahan dalam hidup ini? Dimanapun, seberat dan serumit apapun juga. Kerana masalah tidak pernah dibiarkan melebihi kekuatan kita.